twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

My Profile

Foto Saya
Al-Faqir ilallah
Seorang hamba Allah yg lahir di perantauan Barat, Merantau menimba ilmu di Bumi Allah, Demi dakwah menuju Daulah Islamiah.. Sk Bayas,Langkawi(99-04), SMK Agama Kedah(05-07),KISAS (08-now) Hakikat dunia itu pahit, Kerana syurga itu manis..
Lihat profil lengkap saya

Isu Doa: Antara yang Menzalimi & Dizalimi



Saad bin Abi Waqas merupakan antara sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau merupakan orang ke-4 yang memeluk Islam dalam kalangan muslimin selepas Saiyidina Abu Bakar AsSiddiq, Saiyidina Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah.

Saad bin Abi Waqas juga orang yang pertama menumpahkan darah kerana Islam. Pernah suatu ketika di Kota mekah, semasa Saad bin Abi Waqas berjalan bersama sahabatnya, mereka telah ditahan oleh sekumpulan "samseng kampung" yang diketuai oleh Abu Jahal. Abu Jahal menyoal Saad bin Abi Waqas, "Apakah pandangan kamu tentang tuhan yang kami sembah". Provokasi oleh Abu Jahal menyebabkan Saad bin Abi Waqas menjawab soalan tersebut dengan penuh kejujuran, "Tuhan kamu hanyalah patung yang tidak dapat bercakap, tidak mendengar, tidak melihat bahkan tidak dapat berbuat apa-apa". Kemudian beliau dibelasah dan mengalami kecederaan. Rasulullah SAW sendiri mencuci dan merawat luka Saad bin Abi Waqas.

Kehebatan dan keberanian beliau terus dikagumi. Beliau pernah dilantik menjadi Gabenor di sebuah wilayah Islam. Ketika pemerintahan beliau, beliau telah difitnah oleh rakyatnya sendiri. Mereka mendakwa Saad bin Abi Waqas tidak berlaku adil dalam pemerintahan dan tidak mengamalkan sunnah. Tohmahan tersebut tersebar dalam kalangan masyarakat. Kemudian, beliau sendiri pergi menemui orang yang menyebarkan fitnah tersebut dan menyoal mengenai perihal Saad bin Abi Waqas. Orang tersebut menceritakan seperti mana fitnah yang telah dia sebarkan tanpa menyedari bahawa orang yang sedang berhadapannya adalah Saad bin Abi Waqas. Orang tersebut menceritakan perihal Saad bin Abi Waqas seperti dia kenal Saad bin Abi Waqas luar dan dalam, tapi apabila Saad bin Abi Waqas berhadapan dengannya dia tidak kenal pun wajah Saad bin Abi Waqas.

Kemudian, Saad bin Abi Waqas berkata "Kalau apa yang kau katakan ini dusta maka aku doakan engkau 1. dipanjangkan umur 2. disempitkan rezeki dan 3. dibelenggu fitnah". Maka Allah makbulkan doa Saad bin Abi Waqas kerana beliau telah dizalimi dengan fitnah yang amat besar. Selepas itu, memang benar orang yang menyebarkan fitnah itu telah dipanjangkan umur. Dia juga telah jatuh miskin. Ketika dia telah tua, dia berjalan dikawasan kota dan dia sering menjadi bahan mainan kanak-kanak, dikutuk-kutuk dan sebagainya akibat dibelenggu fitnah. Dia dalam keadaan yang cukup hina ketika saat-saat akhir hayatnya.

Kesimpulan

Begitulah akibat orang yang menzalimi orang lain. Allah telah berfirman,
"Laknat Allah atas orang-orang yang zalim"

Dalam peristiwa ini juga kita dapat lihat ganjaran atau kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka yang dizalimi. Orang yang dizalimi merupakan antara golongan yang dimakbulkan doanya oleh Allah SWT. Jadi berhati-hati orang yang telah menzalimi orang lain, seperti mengambil hak orang lain, menfitnah orang, mengkhianati amanah atau mengambil hak royalti Kelantan, kerana pada bila-bila masa azab Allah boleh turun.

Prof. Zulkifli Muhammad {1927-1964}: Pelopor Pemikiran Politik Islam Di Malaysia

Prof Dato' Dr Zulkifli Muhammad adalah bekas Timbalan Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa PAS dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy. Beliau juga adalah bekas Ahli Parlimen Bachok, Kelantan pada 1959-1964.

Dilahirkan pada 22 Mac 1927 oleh ibunya, Arbaayah Muhammad di rumahnya di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Dalam usia beberapa bulan, Zulkifli telah diserang penyakit polio yang menyebabkan sebelah tangan dan kakinya cacat. Tetapi kecacatan inilah yang menjadikan beliau begitu cekal sehingga muncul sebagai tokoh ternama. “Aku sukakan kesukaran, kerana kesukaran itu memberi daya fikir dan daya bergerak”, kata Zulkifli yang menyifatkan kecacatannya sebagai jambatan kejayaan.

Pendidikan

• Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit hingga tamat Darjah 5. Pada masa yang sama, beliau belajar bahasa Inggeris dengan Mr. Rathnam pada sebelah malam.
• Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Rakyat Madrasah Aziziah' dalam bidang agama dan bahasa Arab sehingga tahun 1937.
• 1940, memasuki Sekolah Agama Idrisiah, Bukit Chandan,Perak.
• 1947, melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Seterusnya ke American University, Mesir.
Kegiatan ilmiah

• 1951-Penasihat Lembaga Pembangunan Sastera, Perak.
• 1954-Setiausaha Kolej Islam Malaya di Kelang.
• 1955-Ketua bahagian politik dalam Kongres Pemuda Melayu.
• Beliau diantara pimpinan Pelajar Melayu ketika beliau menuntut di Mesir

Politik

• 1956-menyertai parti Islam Setanah Melayu (PAS)
• 1959-Memenangi pilihan raya Umum 1959 bagi Kawasan Parlimen Bachok, Kelantan.
• 1956- dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua Agung Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (sekarang Parti Islam Se-Malaysia) ketika Dr Burahnuddin Al Helmy dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS.

Beliau seorang pemidato yang hebat dan disegani kawan & lawan. Beliau mencipta rekod berucap di parlimen selama 4 jam. Di Parlimen beliau banyak membangkitkan isu-isu berkaitan kerakyatan, cukai, penubuhan koperasi, kepentingan pengetahuan teknikal kepada orang Melayu, perkembangan bahasa Melayu, perlunya pusat latihan guru dan yang paling penting menyeru supaya menghentikan penghantaran guru ke Kirby dan Brinsford di United Kingdom.
Tan Sri Mohd Asri Haji Muda pernah menukilkan kehebatan Prof Zulkifli:
“Saya kenal dia sebagai pujangga dengan membaca syair-syair dan sajak-sajaknya. Saya kenal dia sebagai ahli fikir dengan menatap karangan-karangannya di majalah dan risalah yang ditulisnya. Saya kenal dia sebagai pendidik dengan perkhidmatannya di Kolej Islam sebagai setiausaha dan pensyarah. Saya kenal dia sebagai ahli ilmu dengan ceramah-ceramah ilmiah yang diberikan di kolej-kolej dan universiti ditambah dengan karya-karyanya yang memabahas pelbagai bidang ilmu pengetahuan.”

Kematian

Beliau meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri bersama isterinya Ustazah Asiah Kamaruddin yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pusat di Kuantan ketika dalam perjalanan pulang ke Perak dari Kelantan pada 6hb Mei 1964. Beberapa jam sebelum itu beliau sempat menyampaikan amanat kepada pimpinan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan di Dewan PAS Kelantan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu, Kelantan yang dikenali 'Amanat Terakhir Prof. Zulkifli Muhammmad'. Beliau disemadikan di kampung halaman beliau di Kg Kota Lama Kiri,Kuala Kangsar,Perak.

Sempena mengenang jasanya kepada parti, dewan di Pejabat PAS Kelantan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu (Tempat Tuan Guru Dato' Haji Nik Ab Aziz Nik Mat menyampaikan kuliah Pagi Jumaat sekarang) dinamakan'Dewan Zulkeflee Muhammad' bersempena nama beliau. Beliau juga dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan oleh Sultan Kelantan,Sultan Yahya Petra yang membawa gelaran 'Dato' pada 11 Julai 1964.Beliau juga dianugerahkan gelaran 'Profesor' dari Universitas Walgading, Indonesia sewaktu beliau masih berkhidmat di Kolej Islam, Kelang.

Jasa & sumbangan

• Menentang keganasan komunis kawasan Kuala Kangsar.
• Bangkit menentang Malayan Union bersama pertubuhan Melayu.
• Aktif dalam bidang penulisan, menghasilkan tulisan untuk Majlis, Mastika, Qalam dan Hiburan. • Penggerak Penubuhan Kolej Malaya di Kelang (1953),
• Pencetus idea Penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (kini KIAS) pada 1965.
• Memberi perhatian dengan masalah Bahasa Melayu dan merintis Penubuhan Dewan Bahasa bersama Pendeta Za'ba.
Buku & Rencana
Prof Zulkifli Muhammad juga menghasilkan beberapa buku dan rencana. Antaranya;-

Buku
• Masyarakat dan Syariat
• Analisa tentang Beberapa Masalah Hidup
• Pegangan Hidup Umat Islam

Rencana
• Falsafah Akhlak dalam Islam
• Umat Islam Sekarang makin Mundur
• Peranan Filem Dalam Masyarakat
• Economic Justice
• Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam

Salam Aidilfitri: Satu Muhasabah


Assalamualaikum w.b.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Sebelum meneruskan apa-apa bicara, penulis ingin mohon maaf atas segala silap dan salah sama ada sengaja ataupun tidak bersempena hari kemenangan umat Islam yang mulia ini. Penulis juga ingin memohon maaf kerana tidak dapat untuk update dengan isu-isu terkini melalui blog ini bagi meluangkan lebih masa untuk persiapan peperangan Al-Kubro selepas ini, SPM 2009, doa-doakanlah kejayaan penulis dan sahabat, insyaAllah..

Muslimin muslimat rahimakumullah,
Aidilfitri adalah hari kemenangan umat Islam, hari Konvokesyen Madrasah Tarbiyah Ramadan. Hakikatnya, aidilfitri dan Ramadan tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya memiliki kesinambungan dalam membentuk ketaqwaan yang menjadi matlamat Ramadan. Ramadan sebagai proses dan aidilfitri menunjukkan produk.

Aidilfitri Rasulullah
Mari kita lihat bagaimana produk Ramadan Rasulullah dan para sahabat. Aidilfitri Rasulullah dipenuhi dengan takbir sebagai tanda kesyukuran membesar Allah Taala yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan simbol kehinaan kita sebagai hamba. Firman Allah S.W.T.:
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.

Rasulullah juga beramah mesra dengan sahabat dengan perkataan-perkataan mulia seperti yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.


Rasulullah dan para sahabat juga memenuhi program harian dengan amalan-amalan sunat seperti meneruskan qiamullail, mandi sunat pada hari raya, makan sebelum solat sunat Aidilfitri, memakai pakaian yang indah, solat sunat Aidilfitri, ziarah-menziarahi sanak saudara dan sahabat-sahabat, meminta maaf kepada semua orang dan puasa 6 hari Syawal. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Beginilah produk Ramadan Rasulullah dan sahabat yang juga diwarisi oleh para ulamak dan pejuang-pejuang Islam zaman kini. Iman dan ketaqwaan mereka semakin meningkat dan bertambah saban tahun. Tapi, bagaimana pula dengan produk Ramadan umat Islam zaman sekarang?

Adilfitri Umat Islam kini
Umat Islam Malaysia diperkenalkan dengan konsep "raya sebulan". Hari raya pertama, kedua, ketiga hinggalah ketiga puluh. Hari-hari Syawal dipenuhi dengan rumah terbuka dan majlis-majlis yang langsung tidak mengingatkan kita kepada Allah bahkan menjauhkan lagi dengan hiburan yang mengaburi rasional iman manusia sehingga lupa kewajipan dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah yang telah dilatih pada bulan Ramadan. Kepadatan tentatif Syawal ini bukan sahaja menghalang untuk beramal soleh dan mendekatkan diri kepada Allah dengan Puasa 6 dan bertakbir bahkan digantikan dengan majlis makan yang hanya bermatlamatkan nafsu.
Rancangan-rancangan tv pula mengurung umat Islam daripada amalan kunjung-mengunjung yang dapat mengeratkan hubungan silaturRahim dan mengukuhkan sistem masyarakat Islam. Konsert-konsert dan hiburan-hiburan yang melampau atau di luar sunnah Rasulullah dihidangkan melalui pelbagai media, melalaikan umat Islam dengan dunia, hijab terbesar manusia, dan mengaburkan minda umat Islam dari mengingati Allah, akhirat dan kematian. Maka, sia-sia segala amalan dan usaha di Madrasah Ramadan, tercemar konvokesyen Ramadan dengan maksiat dan kemungkaran umat Islam sendiri akibat kejahilan umat Islam yang sentiasa ditipu oleh dunia dan pengaruh Barat serta kebodohan pemerintah yang hanya berkulitkan riak kebaikannya dan berhati tamakkan dunia serta kezaliman yang sentiasa menysatkan umat Islam dari hakikat sebenar seperti kehidupan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat.

Kesimpulannya

Sambutlah hari kemenangan kali ini dengan perbanyakkan tasbih, takbir, istighfar dan tahmid. Semoga ianya menjadi pelengkap kepada hari kemenangan yang diraikan. Teruskan roh Ramadhan dengan melengkapkannya dengan puasa 6 hari di bulan Syawal. Biar Syawal benar-benar menjadi hari kemenangan melaksanakan perintah Allah s.w.t. serta konvokesyen gilang-gemilang bagi graduan Universiti Tarbiyyah Ramadhan. Dengan harapan, "taqwa" yang dicita-citakan menjadi milik kita.

Ten Things About Ramadhan


1 – Fasting this month is a pillar of Islam

The Prophet (peace be upon him) said: “Islam is built on five (pillars): The testimony that there is no god worthy of worship except Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah. Establishing prayer. Paying Zakah. Fasting in Ramadan. Haj to the House (the Ka’bah).” – Bukhari and Muslim

2 – Revelation of Qur’an

“The month of Ramadan in which was revealed the Qur’aan, a guidance for mankind and clear proofs for the guidance and the criterion (between right and wrong)…” (Qur’an, 2:185)
“Verily, We have sent it (this Qur’an) down in the Night of Al-Qadr (Decree).” (Qur’an, 97:1)

3 – Laylat-al-Qadr (Night of Decree) is in this month

The Night of Al-Qadr (Decree) is better than a thousand months (i.e. worshipping Allah in that night is better than worshipping Him a thousand months, i.e. 83 years and 4 months). “Therein descend the angels and the Rooh [Jibreel (Gabriel)] by Allah’s Permission with all Decrees, (all that night), there is peace (and goodness from Allah to His believing slaves) until the appearance of dawn” (Qur’an, 97:1-5)

4 – Forgiveness of sins

The Prophet (peace be upon him) said: “Whoever fasts Ramadan out of faith and in the hope of reward, his previous sins will be forgiven.” – Bukhari and Muslim
The Prophet (peace be upon him) said: “Whoever spends the nights of Ramadan in prayer out of faith and in the hope of reward, his previous sins will be forgiven.” – Bukhari and Muslim

5 – Paradise opens and Hell closes

The Messenger of Allah (peace be upon him) said: “When Ramadan comes, the gates of Paradise are opened and the gates of Hell are closed, and the devils are chained up.” – Bukhari and Muslim

6 – Every night people are saved from Hell

The Prophet (peace be upon him) said, “At every breaking of the fast, Allah has people whom He redeems.” – Musnad Ahmad - classed as saheeh by Al-Albani

7 – Equivalent to fasting 10 months

The Prophet (peace be upon him) said: “Whoever fasts Ramadan then follows it with six days of Shawwaal, it will be like fasting for a lifetime.” – Saheeh Muslim
The Prophet (peace be upon him) said: “Whoever fasts Ramadan, a month is like ten months, and fasting six days after al-Fitr will complete the year.” – Musnad Ahmad

8 – Taraweeh equivalent to praying all night

The Messenger of Allah (peace be upon him) said, “Whoever prays qiyaam with the imam until he finishes, it will be recorded for him that he spent the whole night in prayer.” – Abu Dawood - Classed as saheeh by Al-Albaani in Salaat Al-Taraaweeh, p. 15

9 – Umrah equivalent to Haj

The Messenger of Allah (peace be upon him) said, “When Ramadan comes, go for ‘Umrah, for ‘Umrah in Ramadan is equivalent to Haj.” (Bukhari) According to a report narrated by Muslim, “… is equivalent to doing Haj with me.”

10 – Offering Iftar

The Messenger of Allah (peace be upon him) said, “Whoever gives iftaar to one who is fasting will have a reward like the fasting person, without detracting from the fasting person’s reward in the slightest.” – Tirmidhi and Ibn Maajah - classed as saheeh by Al-Albani

Welcoming Ramadhan


Ramadhan is a very important part of every Muslim’s life. Ramadhan is the month of giving and mercy, and during this month Allah blesses the believers with forgiveness and great reward.

This is a time to stop and contemplate, to look inwards and out, it is a time to set our goals. We should ask ourselves what we want to achieve this month, - something we will carry into our futures.

Achievement is accomplished by change. ‘How’ and ‘what’ we change are as important to consider as ‘when’ we change. Ramadhan gives us a huge opportunity to improve ourselves and gain rewards for our actions.

Just consider how precious time is. Our time when used well can gain us much reward, but when wasted we lose something of unimaginable value.

Therefore, whoever is merciful and giving in Ramadhan, Allah will be even more Merciful and Giving towards them and will bestow upon them countless bounties and blessings.
All praises to Allah (SWT), Lord of the worlds. As revealed in the Glorious Qur’an, "Oh you who believe, fasting is prescribed for you as it was prescribed for those who came before you that you may keep your duty to your Lord" 2:185.

There are many actions we can take during the month of Ramadhan which will benefit us immensely. One of these would be to take Sahoor (the pre-dawn meal) as there is great benefit in it. The greatest blessing of Sahoor may be that Allah engulfs those who partake in it with His Forgiveness, showers His Mercy on them, while His angels ask of Him to forgive and pardon them.

Reciting the Quran has much benefit as it was in this blessed month that the Qur’an was revealed to prophet Muhammed (peace be upon him).
"Verily! We have sent you (O Muhammad) with the Truth, a bearer of glad tidings and a warner; and there is not a nation but a warner has passed among them," The Holy Quran (35:24).

"Surely this Qur’an' guides to the way that is straightest and gives good tidings to the believers who do deeds of righteousness, that theirs shall be a great reward.” The Holy Quran (17 : 11).
The importance of the Qur’an cannot be presented in a few words. It is not just another book on the shelf, but it is the words of Allah, speaking to every one of us. It is direct contact with Allah Himself. This is what we should keep in mind when we read the Qur'an or think about it.


The Giving of charity also carries much blessing and the rewards, giving during the holy month will increase your reward immensely. Zakah does not only purify the property of the contributor but also purifies his heart from selfishness and greed.

The following shows us the importance of charity:
The Prophet said:'Charity is a necessity for every Muslim'. He was asked: 'What if a person has nothing?' The Prophet replied: 'He should work with his own hands for his benefit and then give something out of such earnings in charity'. The Companions asked: 'What if he is not able to work?' The Prophet said: 'He should help the poor and needy persons.' The Companions further asked 'What if he cannot do even that?' The Prophet said 'He should urge others to do good'. The Companions said 'What if he lacks that also?' The Prophet said 'They should stop themselves from doing evil. That is also charity.

Charity is not only giving money but following the above example will ensure you are giving charity as well as receiving Allah’s blessing.

Finally here is a simple du’a (supplication) written by Shahid Athar, M. D:
• Give us the knowledge, the skills and the will to serve fellow humans.
• Give us the wisdom to comfort and console all toward peace and harmony.
• Help us to alleviate human sufferings.
• Give us the strength to admit our mistakes, amend our ways, and forgive others.
• Give us the devotion to serve the poor, the hungry, the destitute and the homeless with honour, love, dignity and piety, with patience and tolerance, with knowledge and vigilance, with Thy love in our hearts, compassion for Thy servants and desire for Thy mercy for all those who are instruments of Thy healing. (Amen)

If we look deep into our hearts we can see how blessed we are, with Allah’s blessing and your help Islamic Relief can help others.